Monday, 16 December 2013

berkerja laaaa kita



sila beri jawapan....

aku memang pelik dengan kebanyakkan orang ni..
bila orang bertanya...orang nak kan jawapan..
diam bukan laa satu jawapan untuk aku
walaupun orang dulu-dulu selalu sangat laaa kata " diam tandanya setuju "

oh noooooo....
aku ni tak boleh dan tak pandai nak membaca bahasa tubuh badan orang
apa lagi membaca fikiran orang lain...
aku nak kan jawapan...
jawapan nya boleh jadi ya, tidak, tak boleh
atau apa ajer laaa jawapan yang boleh menjawab soalan aku...
payah sangat ke...?
dan aku bukan nak jawapan yang merepek-merepek yang lari jauh dari soalan aku...
jawapan "terpulang la." pun bukan jawapan yang aku nak...

macam contoh : 
cara nak mohon email pejabat...
boleh pulak tanya aku balik...dan diam
elllloooo...aku baru 4bulan kat sini...
segala mak nenek borang aku dah pulangkan balik kat pentadbiran

lie to me
cerita ni agak best jugak....aku rekemen kedua-dua cerita ini untuk ditonton

 the mentalist







orang bujang


Masih Bujang? Relakslah!
Kreisya Reisya

Harga: RM 15.00
ISBN: 978-983-124-698-6
Halaman: ~152
Berat: 250 gram
Tarikh Terbit: 24 Jul 2011
Kategori: Umum


Sinopsis
Andakah si bujang yang sedang menanti putera puteri idaman yang tak kunjung-kunjung tiba? Atau anda bujang berusia emas yang masih meniti kehidupan bertemankan kesepian? Bersenandung dalam duka, berbicara sepi tanpa teman?

Jika anda masih terkial-kial mencari pasangan hidup, buku inilah jodoh sementara anda. Buku ini akan menemani anda berkongsi suka dan duka, resipi dan petua, pengalaman dan perasaan dalam mengharungi usia bujang. Jom kita nikmati dan raikan setiap detik usia membujang, setiap saat nafas kehidupan. Bujang atau tidak, selagi nadi berdenyut, itulah anugerah kehidupan untuk dimanfaatkan.

Nah, apa lagi? Milikilah daku kerana daku akan menemanimu, menceriakan hatimu dan memberi satu semangat baru-bahawa kitalah bujang-bujang yang cemerlang, gemilang dan tetap unggul!



aku kata : tak perlu risau kalau kita masih bujang..

aku selalu memberi salah satu ayat dalam buku tu..
"kebanyakkan orang-orang tua yang kat rumah orang-orang tua tu, adalah orang yang pernah / telah berumahtangga."

Wednesday, 4 December 2013

my last day @ KKM

ni hari terakhir aku kat KKM (jumaat)...
pass nangis-nangis...
sebabnya aku yang pergi dulu..Illa pergi seminggu kemudian

diet

Diet sihat Syahrini

Tuesday, 26 November 2013

anak-anak

ARKIB : 22/11/2013

Anak perisai api neraka

DARIPADA Aisyah r.ha katanya: "Datang ke rumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya€. 

Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. 

Kemudian dia pun keluar (dari rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda: €œSesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik, adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka. (riwayat Bukhari dan Muslim)


Huraian


Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.

Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.

Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah SWT dan rasul-Nya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131122/ba_05/Anak-perisai-api-neraka#ixzz2lin7cCzm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

kutu ooo kutu

ARKIB : 22/11/2013 dari utusan online

Wang kutu kena zakat

IBU saya menyertai skim kutu bersama kawan-kawannya dan dijangka pada hujung tahun ini dia bakal mendapat bahagian kutunya itu yang berjumlah RM12,000. 

Adakah ibu saya wajib mengeluarkan zakat pendapatan atas wang kutunya itu? 

Ibu saya juga mempunyai banyak barangan kemas daripada emas, tetapi telah dipinjam oleh kakak-kakak saya dan mereka tidak memulangkannya kembali kepada ibu, walaupun sudah lebih 10 tahun meminjamnya. 

Selama itu juga, ibu saya tidak mengeluarkan zakatnya ke atas emas perhiasan itu atas alasan tidak ada sempurna milik. Adakah betul tindakan ibu saya tersebut? Mohon penjelasan ustaz.


Jawapan:


Semoga kondisi saudara dan ibu serta kita semua berada dalam kasih-sayang dan rahmat daripada Allah SWT dan mudah-mudahan mendapat taufik dan hidayah-Nya, Amin. 

Saya juga berharap semoga jawapan yang bakal saya sajikan ini dibimbing Allah SWT dan mampu menghilangkan rasa kegalauan di hati kita semua, insya-Allah.

Baiklah, di dalam persoalan yang telah diberikan di atas, ada dua perkara yang berbeza sebenarnya yang diajukan. 

Pertama, soalan mengenai wang kutu dan kedua, soalan mengenai zakat ke atas emas perhiasan yang dipinjamkan kepada orang lain. 

Bagi soalan yang pertama, untuk menilai adakah kutu itu suatu pendapatan atau tidak, maka kita mestilah melihat kepada definisi pendapatan terlebih dahulu.

Merujuk kepada keputusan mengenai Zakat Pendapatan telah yang dikeluarkan oleh pihak Jawatan kuasa Fatwa Selangor pada 2010, pendapatan itu sendiri merujuk kepada semua jenis sumber penghasilan atau pendapatan, dan tidak semata-mata daripada sumber gajian. 

Maknanya, boleh jadi wang itu adalah hasil daripada (1) sumber pekerjaan, (2) bukan daripada pekerjaan dan (3) hasil sewaan.

Maka, jika dirujuk kepada takrifan pendapatan di atas, adakah benar bahawa wang kutu itu termasuk dalam kategori zakat pendapatan?

 Ini kerana ada juga pihak yang menyatakan bahawa wang kutu ini, hakikatnya adalah satu bentuk simpanan, kerana masing-masing menabung dalam satu tabungan yang dinamakan skim kutu.€™ 

Oleh itu, mari pula kita telusuri makna kutu€™.

Alhamdulillah, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, pakar kewangan Islam di dalam laman sesawangnya ada memetik tafsiran kutu sebagaimana yang dijelaskan di dalam Akta 28 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, iaitu:

Kumpulan wang kutu€ ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada pelbagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine.


Terkumpul


Menurut perbahasan Dr. Zaharuddin lagi: €œSebenarnya wang diperoleh oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara in advance disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan.

Pembayaran €˜in advance ini daripada sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah daripada semua ahli kumpulan. 

Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.” (rujuk www.zaharuddin.net)

Maka, saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Dr. Zaharuddin, bahawa wang kutu itu hakikatnya adalah suatu bentuk wang pinjaman. 

Apabila ia berbentuk pinjaman (in advance), maka di sisi keputusan fatwa di Selangor, wang yang diperoleh itu dikira sebagai satu bentuk pendapatan juga. 

Ini kerana, si pemilik wang kutu itu mempunyai sempurna milik ke atasnya. Oleh itu, wajiblah ia dizakatkan sebagai zakat pendapatan.

Untuk mentaksirkannya, maka campurkanlah wang kutu itu dengan semua pendapatan lain yang telah diperoleh pada tahun semasa, sekiranya sudah melebihi nisab maka buatlah tolakan sebagaimana yang dibenarkan dan dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5 peratus.

Bagaimana halnya jika ibu saudara bermain kutu dan dia memasukkan wang daripada lebihan gajinya yang sudah dizakatkan ke dalam kutu berkenaan? 

Saya berpandangan, dia masih wajib berzakat ke atas wang kutunya bagi jumlah RM11,000. Yakni tidak diambil kira jumlah RM1,000 daripada dirinya sendiri. Ini kerana, jumlah RM11,000 itu adalah dari poket orang lain yang dipinjamkan kepadanya.


Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan zakat sila emailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau sila layari www.e-zakat.com.my atau http://blog.e-zakat.com.my untuk maklumat lanjut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131122/ba_07/Wang-kutu-kena-zakat#ixzz2lillHcSi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 20 November 2013

Tuesday, 19 November 2013

huhuhuhuhuhhhhh

hari ni dalam sejarah betul laaa...

wawaaaawwwaaaa....
abis basah lencun aku....
opppps...bukan aku ajer....
semua laa yang gi alamanda tengahari tadi...
sebelum gi memang nampak dah gelap sikit jerrr...

masa nak balik...jalan laju-laju...
sangat menyesal ooooo..
baik aku lepak jerrr kat alamanda jer dari sejuk-sejuk sekarang...
huhuhuhhuhu...

ada 3orang tadi..
aku..akak tingkat 11 dan abang blok E11..
main redah jer cam kau kat tepi pantai jer...wakakakak
akak tu lain laa...rumah kat sini...dia tunggu kawan dia kat lobi..
balik rumah tukar baju...

aku mana boleh balik..
ikut kan...aku nak ajer aku gi anjung beli baju baru....
tah apa bau...lantak laaa..



kena ambil tahu jugak????

Ambil tahu, bukan buat tidak tahu

Oleh Hajahfarhana Tarmudi
Pelbagai faktor menjadi penyumbang kepada masalah keganasan rumah tangga, menurut Pengarah Bahagian Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Linda Jamaludin.
“Antara faktor penyebab adalah perselisihan faham dan tidak tahu cara mengurus emosi terutama membabitkan kemarahan. 
“Kemarahan juga mungkin boleh disebabkan masalah di tempat kerja atau di luar rumah. Kemudian, mereka menjadikan rumah untuk melepaskan kemarahan,” katanya. 

Tambahnya, apabila berlaku kes penderaan rumah tangga, mangsa perlu segera bertindak bijak bagi mengatasi masalah berkenaan agar tidak memburukkan emosi dan fizikal mereka.

Mangsa perlu berkongsi masalah dengan individu yang profesional terutama kaunselor bertauliah untuk mendapatkan pertolongan.

Elak berjumpa orang sekeliling yang tidak dipercayai atau mereka yang tiada kepakaran dalam pengurusan emosi membabitkan masalah kronik berkenaan. 


“Kaunselor bertauliah perlu mematuhi etika kerahsiaan yang akan memastikan setiap masalah dirahsiakan dan tidak akan dihebah kepada orang lain. 

“Pada masa sama, kaunselor juga akan berbincang bersama mangsa mengenai teknik terbaik untuk mencari jalan menyelesaikan masalah. 

“Misalnya, teknik pengurusan emosi untuk mangsa dan pelaku. Namun, kebanyakan kes hanya mangsa yang hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat,” katanya. 

Ujarnya, segala maklumat tidak berjaya disampaikan sepenuhnya apabila pelaku tidak mahu mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan. 

Banyak kes yang berlaku memberi kesan kepada mangsa terutama tahap keyakinan yang semakin menurun, tiada motivasi diri serta tidak mempunyai harapan untuk meneruskan kehidupan selepas didera serta ditinggalkan pasangan. 

“Kadangkala mangsa menjadi trauma dan mengalami masalah lain seperti insomnia, pening kepala dan tiada harapan untuk hidup. 

“Mangsa juga berasa kehilangan apabila tiada tempat bergantung selain kerap mengalami mimpi ngeri. Ada juga yang terbit rasa benci atau tiada kepercayaan kepada lelaki lain disebabkan trauma dihadapi,” katanya. 

Justeru, sesi kaunseling sedikit sebanyak dapat membantu mangsa daripada terus memikirkan mengenai trauma atau kekurangan diri sendiri. 

Mengembalikan keyakinan dapat membantu mereka meningkatkan diri daripada terus dibelenggu masalah dihadapi sehingga menyebabkan mereka berisiko mengalami masalah mental pula. 

Ia dapat dilakukan menerusi program seperti keusahawanan. Selain dapat berkenalan dengan ramai wanita senasib, ia juga membantu mangsa melupakan masalah yang berlaku dengan kesibukan menyertai pelbagai aktiviti. 

Malah, aktiviti yang boleh dianggap sebagai terapi itu juga membantu mangsa menjana pendapatan apatah lagi sebelum ini mereka bergantung harap sepenuhnya daripada pasangan dari segi kewangan. 

Selain itu, mangsa juga perlu melaporkan kepada pihak polis apabila berlaku penderaan. Jangan terus berdiam diri kerana ia akan memberi peluang kepada pelaku untuk melakukan lebih banyak penderaan kepada mangsa kerana menganggap mereka tidak berani bertindak. 

“Mangsa juga boleh menghubungi talian NUR 15999 untuk melaporkan sebarang keganasan yang berlaku pada diri sendiri atau orang sekeliling mereka. 

“Mangsa juga boleh mendapatkan bantuan atau perlindungan sementara di Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika berhadapan masalah penderaan,” katanya. 

Selain mangsa, ahli keluarga juga perlu memainkan peranan penting. Cuba berbincang menggunakan kaedah terbaik membabitkan dua pihak iaitu mangsa dan pelaku. 

Sebaiknya, kawal emosi ketika berbincang bagi mengelakkan masalah yang lebih buruk. 

“Pergilah bercuti ke tempat yang dapat memberi ketenangan pada diri ketika mengalami masalah untuk meredakan perasaan marah atau tertekan. 

“Cipta suasana baru dalam rumah tangga bagi mengelakkan pasangan berasa bosan dan mula beralih arah kepada wanita lain. 

“Setiap pasangan juga perlu tahu mengenai undang-undang bahawa kes penderaan bukan masalah kecil tetapi ia boleh dianggap sebagai jenayah,” katanya. 

Bukan hanya mangsa yang perlu bertindak, malah masyarakat sekeliling juga harus prihatin dengan masalah yang berlaku di sekeliling mereka. 

Bertindak segera, jangan tunggu sehingga ada mangsa yang terbunuh baru mahu bertindak. Masyarakat perlu ambil tahu walaupun ia membabitkan masalah rumah tangga. 

Ujarnya, disebabkan itu banyak program dijalankan kementerian seperti pengurusan emosi bagi mendedahkan masyarakat mengenai teknik untuk berhadapan dengan kemarahan atau tekanan.

Selain itu, aspek komunikasi, psikologi, pengurusan keluarga dan kaunseling turut ditekankan bagi membantu orang awam memahami perkara berkenaan dengan lebih mendalam. 

Ia bertujuan memberi panduan dan maklumat berguna bagi mengelakkan kes seperti penderaan kepada pasangan. 

Program dianjurkan terbuka kepada orang awam dan boleh disertai melalui pendaftaran di portal Jabatan Pembangunan Wanita. 

“Ada juga program atau khidmat nasihat yang diberikan kepada mangsa keganasan rumah tangga, gangguan seksual, rogol, sumbang mahram, keldai dadah dan pemerdagangan wanita. 


FAKTA 

Akta keganasan rumah tangga 1994 (Akta 521)
 
  • Secara sengaja atau dengan disedarinya meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal.

  • Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal.

  • Memaksa mangsa dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya yang mangsa itu berhak tidak melakukan.

  • Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.

  • Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa. 

    A. Penalti jika melanggar Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO) (Seksyen 8, Akta Keganasan Rumahtangga) 

    i. Sengaja melanggar IPO / PO 
    Denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. 

    ii. Sengaja melanggar IPO / PO dengan menggunakan keganasan ke atas mangsa / orang yang dilindungi. 

    Denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 

    iii. Pelanggaran kali kedua atau seterusnya menggunakan keganasan 
    Penjara tidak kurang daripada 72 jam dan tidak melebihi 2 tahun dan denda tidak melebihi RM5,000.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/15

berjimat untuk kecemasan

Duit tersorok

Oleh Irfan Khairi
Ketika kecil dulu, selalu kita dengar pesanan daripada keluarga supaya berjimat untuk kecemasan. Hakikatnya hari ini, ramai antara kita tidak mempunyai simpanan ekstra sekiranya berlaku kecemasan.
Mungkin untuk mempunyai RM5,000 pada satu-satu masa sekiranya berlaku sesuatu di luar dugaan pun agak sukar bagi sesetengah orang. 
Dalam kewangan peribadi, amat penting mengutamakan diri sendiri terlebih dulu sebelum orang lain ataupun barangan. 
Wang untuk kecemasan amat penting sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga tidak kira apa saja keadaan kita. Anda perlu ̒backup̓ duit anda! 

Tidak kira berapa tinggi pun pendapatan kita atau setinggi mana pun pangkat kita di tempat kerja serta perancangan hidup dan keluarga kita yang lengkap, kita masih tidak dapat lari daripada kemalangan atau kecemasan yang datang dengan tiba-tiba.

Sama ada diberhentikan dari tempat kerja di luar kawalan anda, kematian ahli keluarga pemberi nafkah, perceraian, kos perubatan yang tidak diduga, baik pulih kerosakan rumah atau kereta, atau apa saja yang tidak pernah terfikir, kesemuanya antara kegunaan wang kecemasan.

Sekiranya tiada simpanan, maka apabila timbul masalah, kita akan mula mencari ahli keluarga dan kenalan untuk meminjam wang - suatu keadaan di mana kedua-dua pihak tidak selesa kerana masing-masing mempunyai masalah kewangan sendiri! 

Jumlah wang yang disimpan untuk kecemasan juga berbeza mengikut individu dan gaya hidup. Sering kali penasihat kewangan menyebut antara tiga hingga enam bulan perbelanjaan diri dan keluarga. 
Ia bergantung kepada gaya hidup anda, hutang yang anda miliki, jumlah ahli keluarga serta pakej insurans yang anda ambil. 

Perlu diingatkan juga insurans tidak melindungi anda dalam semua perkara, oleh itu membuat wang kecemasan anda lebih penting untuk tidak diabaikan. 

Sememangnya dalam hidup kita mahukan yang terbaik dan merancang segala-gala yang baik berlaku kepada kita. 
Pada masa sama, perlu juga kita bersiap sedia untuk sebarang perkara yang tidak baik. Sekiranya terdapat kecemasan atau masalah kecil yang memerlukan perhatian wang, ia mudah bagi kita untuk menanganinya sekiranya mempunyai sumber kewangan kecemasan ini. 

Tanpa sumber kewangan ekstra ini, masalah dan kecemasan kecil pun akan dilihat menjadi besar dan memberi tekanan yang amat dahsyat kepada diri kita dan keluarga sendiri. 

Sekiranya anda belum memulakan simpanan kecemasan anda, jangan berlengah lagi. Mulakan hari ini. Untuk mempunyai perbelanjaan ekstra sebulan bagi sesetengah orang bukanlah mudah. Apatah lagi untuk mengumpul perbelanjaan kos sara diri tiga hingga enam bulan. 

Mulakan langkah kecil dengan menetapkan matlamat simpanan anda jangka pendek seperti seminggu, dua dan jangka panjang seperti dua, tiga bulan akan datang. 

Berapakah simpanan yang anda ingin miliki dalam jangka masa terbabit? 

Cara mudah dalam menyimpan untuk kecemasan adalah dengan membuka bank akaun berasingan khas untuk kecemasan.
Masukkan wang simpanan anda setiap minggu atau jadualkan waktu anda untuk menyimpan. 
Kemudahan seperti pemindahan wang automatik dari akaun bank utama anda ke akaun kecemasan yang berasingan juga akan memudahkan anda supaya anda tidak terlupa menyimpan. 

Sekiranya sukar menyimpan sejumlah wang yang besar setiap minggu atau setiap bulan, mulakan jumlah yang kecil, walaupun hanya RM20 hingga RM50. 
Apa yang anda inginkan adalah menjadikannya tabiat menyimpan dan sikit-sikit, lama-lama akan terkumpul juga dana kecemasan anda.
Menyimpan secara konsisten lebih efektif daripada tidak mempunyai matlamat simpanan langsung. 

Wang kecemasan bukan saja membantu apabila hanya terdapat sebarang malang yang tidak diduga, tetapi juga dengan mengetahui anda mempunyai wang ekstra yang anda boleh harapkan satu hari nanti, ia mengurangkan tekanan pada diri anda menjalani hidup yang lebih bahagia! 

Berinteraksi mengenai kewangan, perniagaan dan motivasi di Facebook Irfan Khairi di www.facebook.com/irfankhairi.fb Tanyakan soalan anda di sana! 

Soalan pembaca: 
Di manakah tempat terbaik untuk menyimpan wang kecemasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga?
 

Audrie Fiza, 
Bandar Sunway, Selangor. 

Jawapan 

Simpanan untuk kecemasan perlulah mudah untuk dikeluarkan dan digunakan. Ertinya, membeli aset seperti rumah atau kenderaan yang memerlukan anda jual semula untuk digunakan tidak dikira sebagai simpanan untuk kecemasan. 

Cara paling mudah adalah dengan mempunyai akaun simpanan biasa yang berasingan daripada akaun bank utama anda. 
Walaupun wang kecemasan perlu mudah untuk dikeluarkan dan digunakan, jangan pula anda yang mudah mengeluarkan dan menggunakannya! 

Ada juga yang merancang menyimpan wang untuk kecemasan tetapi tidak pernah mencapai sasaran kerana membeli-belah dan melancong dikira sebagai ‘kecemasan’ dan menggunakan dana ini. Pasti anda perlu mengelakkan perkara sebegini. 

Apabila wang kecemasan dalam akaun bank anda sudah meningkat naik, tiba masanya anda menggunakan akaun yang memberi kadar keuntungan yang lebih supaya wang anda bekerja untuk anda pula dalam menambahkan lagi wang kecemasan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/15

Thursday, 14 November 2013

Tua? terima ajer laa

Takut kedut

Oleh Murshid Eunos
Peliknya, belum pun usia 30 tahun, masing-masing sudah sibuk cari jalan untuk tidak nampak tua. Bukan setakat menggunakan pelbagai jenama mekap atau krim penuaan, malah lebih kronik ramai anak muda sudah berani melakukan pembedahan.
Kulit berkedut, badan gempal, rambut gugur, wajah kerepot menyeramkan dan bayangan aneh; seteruk itukah bayang-bayang wajah anda ketika beranjak tua hingga rasa takut begitu menebal? 
Usia makin meningkat bukan alasan untuk membiarkan diri turut sama mengalami proses penuaan yang kini dianggap antara perkara membimba­ngkan hingga perlu diberi perhatian khusus.

Garis halus di sekitar mata dan mulut serta perubahan struktur kulit tidak lagi dianggap perkara normal bagi seseorang yang menuju ke tahap tertinggi dalam hidupnya, tapi kesan penuaan itu mula menjadi isu besar hingga wujud pelbagai bahan, ubatan serta kaedah yang dikatakan mampu mengatasinya.

Demi mencapai kecantikan mutlak, ada segelintir sanggup ‘menyerah’ muka ke meja bedah, selain ramai juga tidak kisah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli segala kosmetik yang menjanjikan hasil segera dan berpanjangan.

Namun, pelbagai produk anti-penuaan kini berada di pasaran lalu membuatkan semakin ramai mula obses hanya kerana enggan digelar ‘orang tua’.


Wanita cantik atau lelaki yang kacak mesti tersangat takut jika kecantikan itu pudar dikikis usia. Datanglah berpuluh botol anti-penuaan atau beratus-ratus pusat kecantikan sekali pun, tiada siapa boleh melawan qada dan qadar Allah SWT.


Bimbang diduakan

Kalau dulu, isu pembedahan plastik atau masalah takut tua lebih banyak dibimbangi wanita yang melepasi usia 30-an, kononnya bimbang suami atau kekasih cari lain. 

Tapi lebih kelakarnya kalau dilihat pada perspektif hari ini, ramai anak muda yang belum pun usia mencecah 30 tahun, sudah sibuk memikirkan cara untuk kekal pada usia itu. Kononnya takut nampak tua.


Lebih-lebih lagi kalau mendengar kawan-kawan suami ada yang berpoligami, bukan main takutnya hingga senang-senang boleh diperbodohkan penjual produk kecantikan.


Apa saja yang didengar mengenai awet muda semua mahu dicuba hingga ramai yang menjadi mangsa. Bukan cantik dan muda tapi penyakit yang datang kesan daripada pengambilan ubat bebas di pasaran.


Atau lebih memualkan ada yang sanggup berhabis untuk tampak lebih muda semata-mata terpengaruh dengan fenomena muzik K-Pop yang meng­amalkan budaya pembedahan plastik secara terbuka.


Padahal muka sudah kacak dan cantik, tapi setiap kali melihat wajah di cermin, masih ada rasa tidak syukur dan ingin menjadi persis bintang Korea. Adakah ia berbaloi?


Meminjam kenyataan seorang anak muda berusia 23 tahun dalam sebuah majalah tempatan yang berkongsi pengalamannya melakukan pembedahan plastik, apa yang menjadi keutamaan adalah kepuasan selepas melihat perubahannya.


“Memang awalnya bimbang tapi dengan adanya teknologi moden dengan pelbagai penyelesaian, saya yakin tindakan membuat pembedahan adalah tepat.


“Bukan tidak bersyukur, cuma saya inginkan wajah yang lebih licin, putih dengan hidung yang lebih mancung seakan bintang Korea pujaan saya.


“Selepas melihat hasilnya, saya berpuas hati dan kawan-kawan pula sibuk

bertanya di mana saya melakukannya untuk mereka pula mencuba,” katanya.

Itu memang penyakit dan sepatutnya diberikan alternatif khususnya anak muda Malaysia kerana budaya pembedahan plastik di usia muda sangat merbahaya.


Sepatutnya usia tua hendaklah disambut dengan perasaan syukur kerana masih dipanjangkan umur dengan kesihatan yang sempurna.


Botox sebagai jawapan 

Kajian pada 2006 di Jerman misalnya mendapati 82 peratus rakyat negara itu berasa lebih gembira dan berpuas hati selepas menjalani pembedahan plastik. 

Berbanding di Malaysia, jumlahnya masih kecil namun terdapat peningkatan sebanyak 10 ke 15 peratus setiap tahun sejak hujung 1990-an.


Bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembedahan plastik, suntikan botox dan bahan anti-penuaan menjadi salah satu kepada ‘jawapan’ kepada kesan penuaan itu.


Proses penuaan bermula ketika tubuh manusia mencapai umur 20 tahun yang mana kolagen dalam tubuh akan berkurangan secara semula jadi lalu menyebabkan kulit nampak kasar, kusam serta berpigmen. 


Namun, masalah kulit tidak akan kelihatan pada usia remaja kerana penghasilan kolagen dan elastin berjalan lancar. 
Apabila usia makin meningkat, keadaan seperti itu tidak lagi berlaku kerana kadar oksigen dalam kulit mengalami penurunan dan ia berkurangan seiring dengan pertambahan usia.

Ketika muda, sel dalam kulit kita dapat bertaut dengan baik dan masih kukuh. Tapi selepas usia meningkat melebihi 35 tahun, sel itu mula longgar hing­ga menyebabkan dalaman kulit kurang anjal lalu memperlihatkan kedutan kerana berlakunya perubahan pada struktur kulit.


Bagi yang baru melangkah ke alam remaja, biasanya penjagaan wajah tidak begitu rumit dan hanya mengalami masalah kecil seperti jerawat.


Ketika usia meningkat, kulit wajah mulai mengalami perubahan besar lalu timbul masalah seperti jeragat, kulit kering atau berminyak, bintik hitam dan warna yang tidak sekata.


Apabila usia menjengah 40 tahun ke atas, masalah itu pula mula berkura­ngan, namun digantikan dengan garis halus yang signifikan kepada tanda penuaan lalu membuatkan ramai wanita panik dengan keadaan itu.


Selalunya, mereka akan mula mencari ‘penawar’ dan bermula daripada situ, syarikat kosmetik mengambil peluang dengan menawarkan pelbagai produk serta kaedah bagi mengurangkan kesan anti-penuaan itu.


Lumba promosi

Berdasarkan pengamatan, wanita hari ini lebih ramai yang mementingkan penjagaan wajah sedia ada tanpa memberi perhatian kepada pencegahan awal terhadap tanda penuaan yang bakal mereka hadapi.

Majoriti wanita dan anak gadis di negara ini langsung tidak memberi perhatian kepada penjagaan anti-penuaan di peringkat awal, lalu menyebabkan kulit mereka hilang seri, kurang keanjalan serta mulalah timbul kedutan di kawasan mulut dan sekitar mata.


Proses penuaan yang berlaku bukan bermakna anda perlu terus melakukan pembedahan kosmetik atau menjalani rawatan muka yang keterlaluan.


Cukup sekadar anda sedar dan faham dengan perubahan yang berlaku pada tubuh lalu berusaha mengurangkan atau melambatkan tandanya.


Pembedahan plastik, botox atau penggunaan bermacam krim anti-penuaan tidak sepatutnya menjadi keutamaan kerana banyak lagi kaedah yang boleh membantu mengurangkan kesan penuaan seperti mengamalkan gaya hidup sihat dan menjauhi rokok.


Ketika ini, banyak syarikat kecantikan berlumba-lumba mengadakan promosi rawatan muka bagi mengurangkan masalah kulit. Justeru, sentiasa waspada dan mengambil langkah berhati-hati apabila ditawarkan melakukan rawatan anti-penuaan pada harga rendah.


Pastikan dulu bahan yang mereka gunakan untuk rawatan terbabit, sama ada ia disahkan selamat oleh pihak berkuasa atau sebaliknya.


Sepatutnya anak muda hari ini terutamanya yang sibuk dengan isu ‘takut tua’ tidak melihat sesuatu masalah itu secara serius tanpa memikirkan aspek positif yang terselit.


Motivasi yang ada adalah, tua bukan punca hilangnya kenikmatan, kerana boleh jadi tua itu membawa pelbagai perubahan positif dalam hidup kita.

Simpanlah rasa takut tua itu dan cuba belajar memiliki perasaan takut yang lebih bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. 
Rasa takut yang boleh menyelamatkannya daripada musibah, rasa takut yang meninggikan darjat kita pada pandangan Allah. 

Takutlah mati dalam keadaan tua dan bermaksiat!
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/13

oh!!! PATI

Kawal ketat kemasukan PATI

KOTA KINABALU 13 Nov. - Pihak berkuasa diminta supaya mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) berikutan pertambahan kadar penyakit berjangkit yang direkodkan berpunca dari kalangan mereka di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, penyakit seperti malaria dan batuk kering atau tibi kini menunjukkan peningkatan ketara yang dikhuatiri akan menular kepada rakyat tempatan sekiranya tidak dibendung.

"Apa yang membimbangkan seperti contoh, ketika pemeriksaan saringan yang dijalankan ke atas pekerja asing kira-kira 30,000 PATI, namun hanya satu pertiga lulus ujian dan selebihnya tidak sihat dan perlu dihantar balik. 

"Tetapi kita tidak tahu kedudukan mereka itu yang kebanyakan mereka berpenyakit berjangkit seperti tibi dan malaria.

"Sehubungan itu, pihak keselamatan harus menangani perkara itu bagi memastikan PATI itu keluar dari negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Kesihatan Awam Sabah ke-8 dan Persidangan Kesihatan Awam Serantau 2013, di sini hari ini.

Hilmi berkata, dalam sesetengah kes, kerajaan terpaksa menerima kedatangan pendatang asing terutama ketika kecemasan seperti melahirkan anak selain menanggung subsidi perubatan bagi mereka yang bekerja di negara ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dipetik sebagai berkata, kebanjiran pekerja asing adalah antara punca peningkatan penyakit batuk kering dikesan di negara ini.

"Terdapat 58 kes untuk populasi 100,000 pada 1995 dan meningkat kepada 63 kes untuk populasi sama pada 2008 iaitu 16,000 kes setahun. Ia juga meningkat kepada 18,000 kes pada 2010.

"Pada 2011, sebanyak 20,000 kes dilaporkan berlaku dan telah menyebabkan 1,600 kematian," kata S. Subramaniam.

Dalam pada itu, Hilmi berkata, kolokium dan persidangan itu merupakan platform terbaik untuk para doktor dan paramedik membentangkan hasil kajian mereka yang boleh digunakan sebagai rujukan kepada pihak berkaitan termasuk negara serantau seperti Filipina dan Myanmar.

Beliau mengalu-alukan penganjuran kolokium dan persidangan itu yang membuka peluang kepada peserta dari negara luar berkongsi idea yang boleh memanfaatkan lebih 500 juta penduduk rantau ini.

Seramai 360 peserta menyertai kolokium dan persidangan selama dua hari yang berakhir esok anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama pejabat Kesihatan Penampang.Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Christina Rundi. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131114/dn_13/Kawal-ketat-kemasukan-PATI#ixzz2kZuluw4b
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 13 November 2013

baby cat

bila baca kat blog baru aku tahu...http://alamkucing.blogspot.com
anak kucing boleh diasingkan bila dah berumur 8 minggu @ kiranya 2 bulan laa dari ibu dia...
waaaa.....dah laa anak-anak bulu aku baru jer mati..

banyak benda yang aku baru tahu pasal anak kucing kat dalam blog tu..
sengal tak?

jolok-jolok mata..

waakakakak....aku dengan lajunya terus sms kat ateh..."utusan semalam..staff jupem bpakaian mjolok mata..hahhahaha"

ARKIB : 12/11/2013

Patuhi etika berpakaian semasa ke pejabat, elakkan yang menjolok mata


Mungkin selari dengan perubahan fesyen, ramai kakitangan awam wanita di pejabat-pejabat kerajaan memakai pakaian yang boleh dikatakan menjolok mata sewaktu masa bekerja.

Peraturan tentang etika pakaian pegawai awam semasa bertugas telah digariskan dalam peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 mengenai Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara Rasmi.

Malangnya ramai kakitangan wanita tidak mematuhinya terutama kakitangan wanita generasi baru yang terlalu terdedah dengan perubahan fesyen semasa.

Pakaian yang dipakai oleh kakitangan wanita semasa bertugas seumpama memperagakan fesyen di antara mereka.

Jika berbaju kurung pun sengaja menampakkan bentuk badan terutama bahagian pinggul, apatah lagi menjadi trend baru memakai pakaian jubah pada hari Jumaat.

Pemakaian jubah adalah baik kerana bertujuan menutup aurat, malangnya pemakainya menggunakan jubah yang mengikut bentuk badan sehingga menampakkan bentuk pakaian dalam dan ketulan daging punggung.

Baru -baru ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam memutuskan untuk membenarkan pegawai awam wanita memakai Two/Three- Piece Pant Suit melalui surat pekeliling bilangan 9 Tahun 2013.

Adalah diharapkan kakitangan awam wanita tidak menyalahgunakan kebenaran ini dengan menempah pakaian terutama baju yang singkat dan boleh dikategorikan sebagai menjolok mata.

Sehubungan dengan itu pihak JPA perlu membuat keputusan sama ada pakaian jubah ini boleh dipakai atau tidak semasa bekerja.

Pemerhatian, nasihat dan teguran oleh suami kepada isteri juga perlu dilakukan tentang cara berpakaian ke pejabat, ini kerana dosa cara berpakaian yang menjolok mata oleh isteri dalam khalayak ramai akan ditanggung oleh suami.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20131112/fo_03/Patuhi-etika-berpakaian-semasa-ke-pejabat-elakkan-yang-menjolok-mata#ixzz2kUr9Y1Xz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

terharu

wawaaawww...hari ini aku kesedihan dan terharu...
sebab baca ini.....sumber : mstar online
Usahlah Pandang Hina Kecacatan Adik Damia
Rosnaini tetap tabah membesarkan Damia dan memberikannya pelajaran.
HULU TERENGGANU: Tanggal 31 Ogos yang lepas mencatat sejarah tersendiri kepada sepasang suami isteri Rosnaini Mohamad dan Dr Daeng Malis Ab Kahar apabila dapat bertemu dengan pakar motivasi terkenal dari Australia, Nick Vujicic.
Bukanlah kerana personaliti hebat itu seorang yang terkenal di seluruh dunia, namun pertemuan itu disifatkan Rosnaini sebagai hadiah daripada Allah yang mahu beliau terus tabah dalam membesarkan insan teristimewa dalam kehidupan mereka sekeluarga iaitu Nur Damia Irsalina.
Anak ketiga daripada empat beradik yang berusia enam tahun itu lahir tanpa kaki dan tangan, sama seperti pakar motivasi itu.
"Enam tahun saya menunggu, memasang impian, tak berhenti berdoa agar kami dapat bersua dengan Nick Vujicic dan memperoleh kekuatan berganda untuk terus membimbing anak saya seorang yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara apabila beliau dewasa kelak.
"Setiap hari, tanpa jemu saya tontonkan kepada anak saya video pakar motivasi itu yang dapat menjalani kehidupan sama seperti manusia normal lain agar dia terus kuat dan tabah," katanya memulakan bicara ketika dikunjungi Bernama di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 30 kilometer dari Bandar raya Kuala Terengganu.
Mengimbas semula kenangan manis sewaktu melahirkan Kak Nik (nama timangan Nur Damia Irsalina) pada 30 Jun, 2007, Rosnaini berkata semuanya berjalan lancar sepanjang kehamilan.
Mimpi lahir anak istimewa
Cuma saya perasan, pergerakan bayi dalam kandungan ketika itu agak perlahan, tiada tendangan yang kuat seperti ketika saya mengandungkan dua lagi kakaknya sebelum itu, kata jururawat itu.
Damia bejalar menulis menggunakan kakinya.
"Malah, dua malam sebelum kelahiran Kak Nik, saya bermimpi mendengar suara yang menyatakan saya akan melahirkan anak istimewa, namun bila saya tanya apa dan bagaimana, suara misteri itu hanya menyuruh saya melihat bayi itu sendiri selepas dilahirkan.
"Hampir waktu bersalin, doktor memaklumkan saya perlu dibedah kerana kedudukan bayi yang masih songsang, namun sebaik tiba di bilik pembedahan, saya terus berasa sakit dan mampu melahirkan Kak Nik secara normal dengan mudah", katanya tersenyum apabila mengingati semula detik penuh bermakna dalam kehidupan seorang wanita.
"Doktor, bagaimanapun menunggu kehadiran seorang lagi doktor pakar sebelum menyerahkan Kak Nik kepada saya dan apabila disuruh bersabar dan bersyukur terpilih sebagai insan bertanggungjawab memelihara anak istimewa, saya mula berdebar-debar.
"Saya tergamam apabila melihat bayi saya ketika itu, namun entah bagaimana datangnya kekuatan, tiada setitik air mata yang berlinang, sebaliknya saya terus mendakap Kak Nik dan mencium wajah comelnya, sama seperti anak lain," katanya yang hanya mula menangis kesedihan apabila memikirkan masa depan puteri ketiganya itu yang terpaksa hidup sebagai insan kurang upaya.
Ketika wanita lain yang menjalani proses berpantang ceria bersama bayi mereka, Rosnaini terus dirundung duka memikirkan masa depan bayinya itu yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran hidup sebagai insan istimewa.
Kehadiran si suami yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat sedikit sebanyak mampu merawat duka yang terpendam sehinggalah pada Disember 2007, ketika Kak Nik berusia empat bulan, pasangan ini menonton video mengenai Nick Vujicic yang memaparkan kemampuannya berdikari.
Vujicic turut dilahirkan tanpa kaki dan tangan tetapi aktif menjalani kehidupan seperti biasa dan sehinggakan beliau memberi motivasi kepada mereka yang lain.
Video itu menunjukkan betapa gembiranya Vujicic mempamerkan kehebatannya berenang, meluncur ombak dan bermain segala bentuk jenis sukan dan menikmati hidup sama seperti insan normal lain.
"Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya saya ketika itu dan saya menangis keriangan kerana buat pertama kalinya saya melihat masih ada sinar untuk anak saya di dunia ini.
Papan roda ini digunakan untuk bergerak.
"Sejak itu, saya mula mengikuti perkembangan Vujicic, termasuk kisah peribadinya, kerjayanya dan kecemerlangannya yang menjadi sumber inspirasi kepada kami sekeluarga," katanya tersenyum.
Seiring tumbesaran Kak Nik, saya sentiasa mengingatkan kepadanya agar bersyukur kerana dipilih Allah untuk diuji sebegini.
Walaupun ada kalanya Rosnaini yang hampir berputus asa dan setiap kali melihat beliau menangis, Kak Nik pula yang memujuknya agar jangan bersedih dan berjanji akan menjadi insan terbaik dalam hidup ini.
Apabila mengetahui Vujicic datang ke Kuala Lumpur pada Ogos lepas, pasangan ini terus ke ibu negara untuk bertemu sendiri dengan idola mereka selama ini.
Walau dalam kesamaran, tidak mahir selok-belok jalan raya di ibu kota, dengan berpandukan GPS mereka menghala ke tempat Vujicic menyampaikan ceramahnya.
"Malangnya kami tidak dibenarkan masuk ke gereja tempat Vujicic berceramah atas alasan kami orang Islam, namun kami terus menunggu kelibatnya di luar dan berhasrat mahu mengekorinya hingga ke hotel penginapan agar dapat memenuhi hajat kami yang mahu bertentang mata dengannya.
"Memang rezeki kami, sebaik Vujicic keluar, kami terus mengekori rapat van yang dinaikinya sehingga van itu berhenti di sebuah stesen minyak dan di situlah kami sekeluarga berlari ke arah van itu untuk menyatakan hasrat kami kepada Vujicic," katanya yang gembira apabila selebriti itu meluangkan masa untuk meraikan mereka dengan makan malam di hotel.
Vujicic banyak bercerita tentang pengorbanan ibunya kepada Rosnaini di mana segala cabaran yang dilalui adalah sama seperti pengalaman jururawat ini yang akhirnya berjaya menyuntik semangat luar biasa untuk beliau terus melakukan yang terbaik buat Kak Nik.
"Mata Kak Nik bersinar-sinar sepanjang pertemuan itu dan kelihatan beliau sangat teruja melihat sendiri idolanya berada di depan mata, umpama mimpi menjadi kenyataan.
"Vujicic juga sempat memberi kata-kata semangat untuk Kak Nik yang direkod dalam video dan beliau pesan agar kami menayangkan video itu kepada Kak Nik apabila beliau dewasa kelak," katanya yang sangat gembira apabila Kak Nik mula menunjukkan perubahan ketara selepas pertemuan itu.
Terkilan pandangan negatif masyarakat
Mengakui membesarkan Kak Nik sebagai pengalaman paling manis dalam hidupnya, ibu kepada empat cahaya mata ini bagaimanapun masih terkilan dengan pandangan negatif masyarakat terhadap insan OKU.
Masih terdapat diskriminasi terhadap OKU dan jika dibandingkan penerimaan orang Barat dengan masyarakat kita, umpama langit dengan bumi, keluh Rosnaini apabila teringat kembali kegagalannya mendapatkan peruntukan khas untuk OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan alasan beliau dan suaminya bekerja.
Suaminya, Dr Daeng Malis yang juga seorang doktor perubatan di klinik Universiti Malaysia Terengganu pula berharap masyarakat tidak terus memandang serong kepada OKU seolah-olah kehadiran golongan ini membebankan mereka.
Nick Vujicic (kiri) yang turut dilahirkan sebagai OKU memberi semangat kepada Damia.
"Lain pula, dengan masyarakat luar negara yang begitu prihatin dengan kebajikan OKU dan sanggup mendahulukan keselesaan mereka dalam apa juga perkara," katanya.
Ketika ini, Kak Nik bersekolah di Tadika Kemas Kampung Kuala Telemong dan dia mampu mengenal abjad, menulis nama sendiri menggunakan tangan atau kaki serta menghafaz ayat Kursi dan beberapa surah lazim yang lain.
Bagaimanapun, kecerdasan Kak Nik seakan tidak bermakna apabila permohonannya untuk memasuki sebuah sekolah di tempat tinggalnya seolah-olah dipandang acuh tidak acuh oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan.
"Anak kami tidak boleh belajar di sekolah khas kerana ia hanya khusus untuk anak istimewa yang melibatkan masalah lembam pembelajaran sedangkan Kak Nik telah disahkan doktor pakar sebagai seorang yang mampu belajar seperti kanak-kanak normal lain.
"Ini yang sangat saya risaukan kerana penggal persekolahan 2014 akan bermula dua bulan lagi sedangkan permohonan kami untuk menghantar Kak Nik ke sekolah itu hanya dilayan hambar umpama melepaskan batuk di tangga," katanya.
 Lebih menghairankan Rosnaini apabila beliau membaca berita ada sekolah-sekolah yang sanggup menerima OKU, cuma komitmen guru yang menjadi penghalang ketika ini.
"Ada yang menyarankan kami agar mengupah guru datang mengajar di rumah, itu bukan yang kami mahukan kerana Kak Nik perlu bergaul dengan kawan-kawan di sekolah, malah kami akan menyediakan pembantu untuk membantu pergerakan Kak Nik di sekolah untuk ke tandas dan kantin," katanya yang jelas kecewa dengan layanan pihak sekolah terbabit.
Mahu jadi pendidik
Anak kecil itu pula apabila ditanya cita-citanya, pantas menjawab mahu menjadi seorang pendidik apabila dewasa nanti. "Kak Nik pun nak jadi macam Nick Vujicic, pandai...suka nasihat orang," katanya malu malu.
Walaupun sedar dengan kekurangan diri, anak kecil ini ternyata kuat semangat dalam meneruskan hidup dengan berdikari dan ramah dengan kawan-kawan di sekolah.
 "Jika Australia ada Vujicic, kami mahu Malaysia juga berbangga dengan Kak Nik yang akan kami beri didikan sempurna untuknya," kata Rosnaini dengan penuh harapan.
Harapan ibu bapa Kak Nik hanya satu, agar tiada diskriminasi terhadap puteri kesayangan mereka dalam menimba ilmu di sekolah dan harapan itu masih utuh dalam titipan doa mereka sehingga kini. - BERNAMA