Friday, 12 September 2014

wish list for oktober 2014

ni wish list aku untuk bulan oktober 2014..
1-bayar hutang bulan september punya...aku sangkut bulan ni sebab bayar insurans..dan beberapa perkara yang tak dijangka.

2-claim balik saving kenaikan gaji tahun ni...gaji dah naik tapi aku tak ada saving lagi..gara-gara tersangkut..huhuhhh..julai, ogos, sept, okt...wooo banyaknya bulan.

3-upah mak jaga anak bulu-bulu aku...dalam kepala otak aku ni..nak belikan mak 2 pasu bunga ros kat aeon big alamanda..sebab aku dah servey n aku berkenan gilerrr kot...mama suruh aku cari orkid sebab mak suka orkid...masalahnya mana laa aku nak cari..

4-upah diri sendiri..aku terpikir nak makan balik EPO..dan extra aku nak beli vitamin C..ni dah janji dengan adila nak beli..tu pun kalau dia pergi kedai SASA..sebab aku rasa kulit aku dah gelap kusam balik..jamu aku dah tak nak ambik..banyak sangat pantang larang dan tak berbaloi dengan duit aku..kalau EPO dan Vitamin C tu..aku rasa berbaloi laa dengan duit yang aku bayar

5-susun balik belanja aku...bab ni memang aku dah sangkut teruk..sebab aku banyak abis untuk makan jerrr..patutlah tak kurus-kurus..wakakakakkaka....dan aku terpaksa buat target list yang mendesak terdesak...

6-aku terpikir nak beli cincin silver...yang berkenan di hati dah tengok kat moon colection..harga dalam RM49...yang ni kot laa masuk dalam wish list aku bulan november...

Friday, 15 August 2014

percubaan terbaru

sekarang aku tengah pakai foundation ni...tapi yang pelik...naper muka aku warna nya lebih putih???
aku salah pilih warna ke??
ni pencuci muka...murah..senang nak dapat..aku pakai waktu pagi jerrr

phone...

ni hp lama..huhuhuh..sedih mak nyahhh...dah laa baru jerrr guna 2tahun setengah..tetiba jerrr dah tak boleh charge.....terus laaa tak boleh on...

yang buat aku sakit hati:
*rosak time raya
*dah laa tak ada budget nak beli baru
*rupanya selama aku guna hp ni....dia tak simpan pun no phone n gambar dalam sim kad..jadi nyerr sim kad aku kosong...kosong...kosong...tak ker aku terkedu...macam2 nombor ada..huhuhuhuuh
*aku baru pakai 2tahun setengah kot...tggu laa lagi 3tahun...

alih-alih...aku beli jugak phone baru...tu pun PINJAM duit orang...

lenovo A396 jerrr abis laa RM300.00...dah laaa internal memory 512MB jerrrrr...
terpaksa pulak beli memory card pulak...hangus laa RM60.00 lagi


Friday, 25 July 2014

novel


aku tengah mencari novel ni..walau pun sebenarnya aku bukan nya ada masa nak membaca pun..

konflik raya 2014

raya? aku dah tak ada mood nak raya..
kalau dia ada...ada dah ajak dia gi laa memana pun..
sebab apa?
abis plan berubah...bodoh betul..selamba jerr aku taip "plan terdesak"
aku kata bodoh..tau lak marah..kau memang bodoh tau tak? menyusahkan..

wah..yang lain plak..sengal..
mula muka ketat..
bila aku tanya rabu malam..23 julai..
masing-masing boleh plak kata "tak kisah raya kampung"...
lebih poyo.."raya gombak pun jimat"
alih-alih semalam..baca dalam wechat...semua nak raya terengganu..ikut si tolol tu..
si gedik tu memang laa nak..sebab dia pun dah kemaruk nak berlaki..cuma ayah belum kata "setuju" jerr

yang buat aku marah sebab apa?
mampu pulak kau nak tanggung anak orang?
mak bapak kau pun kau berkira..
kau bayar bil api jer pun..baru dua ratus lebih..ayah dah bising..
aku sound..senyap kejap..
next month..bising balik...
elloooo aku yang perempuan ni pun bagi lebih dari yang kau bagi yaaaa..
dengan gaji aku yang sikit dari kau!!!!!!!!!
tanggungjawap aku ker?
apa guna ada anak jantan???

ni contoh diskriminasi jantina..

tengah pikir...tinggal kat rumah atau aku cari jerr mana-mana hotel budget kat KL..
ada aku kisah...
anak jantan boleh lepas tanggungjawab

Wednesday, 11 June 2014

sabun

SDM-Medicated Slim Soap (MESS) -  (RM36) / 100g

Fungsi :

:~ slimming pecah lemak
:~ menanggalkan kulit2 mati
:~ vitamin utk kulit dari pegaga bg mengelakkan parut seperti rekahan selepas beranak
:~ scrub
:~ menghasilkan kulit tubuh yang cantik, tegang , licin dan lembap serta membantu menghilangkan kekotoran seperti kerak dan daki yang terpendam

mengandungi:
:- daun pegaga,
:- seaweed,
:- scrub beras
:- dan bahan aktif untuk melembut dan melembapkan kulit.

:- Digunakan di seluruh tubuh terutama digosok ke paha dan punggung yg berselulit, pangkal tangan iaitu antara lengan dan permulaan bahu, perut, pinggang,pinggul dan mana-mana bahagian yg berlemak, besar dan menggeleber. 
Penting juga digosok kepada bahagian berparut , celah kekotoran degil , badan berjerawat batu dan berbiji akibat lemak keras dan kesan luka.

:- Semasa penggunaan kulit akan berasa segar dan naturally dingin. Liang-liang kulit akan terbuka dan ini membantu penyerapan oleh satu bahan pelembab yang boleh melarutkan air dan lemak dibawah lapisan kulit . Penggunaan tumbuhan, buahan dan sayuran membantu melancarkan peredaran darah dan sebagai satu bahan anti bakteria dan kulat.

 :- Pengelupasan perlahan dan penggantian kulit semulajadi serta menghasilkan kulit tubuh yang cantik, tegang , licin dan lembap serta membantu menghilangkan kesan parut seperti rekahan selepas beranak , kekotoran seperti kerak dan daki yang terpendam .Lebih effect digunakan setiap kali mandi untuk shape dan kulit yang anda ingini.

NAMA PRODUK: MEDICATED ESSENCE SLIMMING SOAP (MESS)
HARGA: RM36/SEKETUL

DIGOSOK:
1- peha dan punggung yg berselulit
2- pangkal tangan iaitu antara lengan dan permulaan bahu
3- perut
4- pinggang
5- pinggul dan mana-mana bahagian yg berlemak, besar, kembang dan menggeleber
6- berparut
7- celah kekotoran degil
8- badan berjerawat batu dan berbiji akibat lemak keras dan kesan luka.

KESAN SEMASA PENGGUNAAN:
1- kulit akan berasa segar dan naturally dingin
2- Liang-liang kulit akan terbuka- membantu penyerapan oleh satu bahan pelembab yang boleh melarutkan air dan lemak dibawah lapisan kulit

KESAN PENGGUNAAN:
1- melancarkan peredaran darah
2- Penggelupasan perlahan
3- menghilangkan kulit mati dan penggantian kulit semulajadi
4- menghasilkan kulit tubuh yang cantik, tegang , licin dan lembap
5- menghilangkan kesan parut seperti rekahan selepas beranak
6- menghilangkan kekotoran seperti kerak dan daki yang terpendam

**Lebih BERKESAN digunakan setiap kali mandi untuk shape dan kulit yang anda ingini.

jamu..pt 2


jamu?

sekarang aku tengah mencuba jamu ni pula....
hope so...berkesan seperti yang di gembar gembur kan..
cam dalam website....jamu dewi dara...
ada masalah tak boleh nak link pulak...

JAMU DEWI DARA (JDD)... RM48/ 50 KAPSUL

JAMU DEWI DARA berfungsi:

~memberikan tenaga,
~merawat masalah keputihan,
~menyuburkan rahim
~memecahkan angin dalam badan dan terkentut2,
~memanaskan urat2 yg sejuk n ngilu,
~merawat sengugut,
~mengecutkan dan mencuci rahim,
~melancarkan peredaran darah,
~membuang toksik dalam badan dgn memudahkan buang air besar,
~membantu wanita berahi.
~Diperbuat dan diadun dgn 23 jenis herba..
~insyaallah dapat merawat cyst atau fibroid (boleh mengecutkan fibroid)

Cara makan :

- 1 biji pagi 1 biji mlm (botol pertama),,,(Boleh juga diambil 2 kapsul sekaligus samada pagi atau malam)
- 1 biji sehari (botol kedua dan seterusnya)

* ambil jamu selepas makan ye..

- remaja selepas baligh, contoh anak dara umur 13 yg dah period boleh makan sebiji saja selepas breakfast. selain merawat senggugut, lancarkan haid, rawat keputihan, ia juga membantu remaja menghilangkan bau badan. waktu remaja hormon mereka aktif dan remaja juga aktif bergerak dan berpeluh.

SIAPA KAH YANG SESUAI UNTUK MENGGUNAKAN?

1- Wanita yang muda atau tua
2- Wanita yang faraj ternganga berlendir dan berair
3- Wanita yang mengalami keputihan
4- Wanita yang kerap jimak dan suami melepaskan air mani dalam faraj dengan kerap
5- Wanita selepas bersalin
6- Wanita yang mengalami gatal – gatal dalam faraj
7- Wanita faraj berbau
8- Wanita yang kerap minum air batu
9- Wanita yang belum berkahwin
10- Wanita yang datang bulan tidak teratur
11- Wanita yang kuat berkerja
12- Wanita yang rasa becak atau basah dalam faraj
13- Wanita yang kena bentan kena sejuk – sejuk atau menggigil-gigil.
14- Wanita yang pusingan haid tidak normal
15- Wanita yang tidak mengandung tapi tidak datang bulan.
16- Wanita yang payudara kendur
17- Wanita yang punggung jatuh

**Mengapa mereka perlukan produk ini?

1- Rempah yang dimakan akan mengecutkan rahim
2- Rempah yang dimakan akan mengecutkan faraj secara perlahan – lahan dari masa ke semasa
3- Rempah yang dimakan berfungsi memanaskan Rahim. Jadi darah – darah beku atau lendir – lendir beku akan mencair dan akan menitis dari mulut Rahim jatuh ke dalam faraj. Perlahan – lahan lendir dan cecair turun ke permukaan faraj
4- Penggunaan yang berterusan membuatkan Rahim menjadi sihat.
5- Berhenti makan ketika haid jika Rahim sudah sehat dan faraj bersih.
6- Makan rempah ketika haid bagi mereka yang mengalami senggugut ( darah beku )
7- Makan rempah ketika haid bagi mereka yang tidak normal pusingan haid.
8- Makan rempah ketika haid bagi mereka yang selalu tidak datang bulan.

*** Tindakan balas herba POSITIF kepada pengguna:

1- Dalam tempoh lebih dari 2 hari faraj akan terasa becak
2- Lendir – lendir akan mula keluar berselirat. Bergantung pada situasi pengguna dari warna pekat keperangan, perang tua, bercampur darah, kehijauan, kekuningan, keputihan sehingga lendir tiada warna dan air yang tiada warna.
3- Terasa denyutan di ari –ari atau dalam Rahim
4- Terasa denyutan di faraj
5- Terasa hangat dalam faraj
6- Dinding kanan dan kiri faraj bertembung secara perlahan – lahan dari masa ke semasa
7- Seluar dalam basah akibat air bukan kencing
8- Seluar dalam berwarna kuning atau hijau
9- Bila penggunaan berterusan semua kesan – kesan di atas hilang.
10- Payudara tegang dan pejal.
11- Punggung tegang dan pejal.
12- Jika rahim kembang akan terasa denyutan untuk mengecut dan makin hari makin terasa seketul keras di bahagian ari- ari.
* urutkan perlahan2 naikkan ke pusat time by time ( boleh tahu kedudukan peranakan di mana)

* Tindak balas Pengguna ketika menggunakan produk ini:

1- Faraj rapat tanpa lendir.
2- Faraj menjadi hangat
3- Payudara berdenyut – denyut
4- Punggung berdenyut - denyut

* Situasi Pasangan ( suami pengguna ):

1- Terasa sempit, lembab dan hangat dalam faraj
2- Memerlukan foreplay yang panjang untuk menghasilkan air mazi atau pelincir semulajadi.
3- Mengalami kegelian zakar maksima diseluruh bahagian.

Kelebihan Penggunaan produk ini:

1- Wanita yang menggunakan ini akan menjimatkan tenaga untuk kemutan.
2- Payudara yang kendur akan tegang dan montok
3- Punggung Menggeleber dan jatuh akan tegang dan naik.
4- Faraj yang bersih dan sehat
5- Rahim yang subur.

Tindak balas herba NEGATIF kepada pengguna:~

Jika salah penggunaan digunakan oleh wanita tidak bermasalah seperti dinyatakan diatas akan terjadi terlalu sakit di bahagian faraj. Kesat dan menpercepatkan monopos.

Dilarang keras untuk:

1- Wanita yang minum arak
2- Wanita mengandung
3- Wanita terus mengamalkan minum air batu

JAMU SERI DEWI MALAM

AMARAN: JAMU INI TIDAK BOLEH MAKAN BERSAMA PRODUK PELANGSING / JAMU HERBA LAIN..SILA DAPATKAN NASIHAT SEBELUM MEMBELI..KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA ADA SEBARANG TINDAK BALAS BERLAKU


Tuesday, 27 May 2014

aku....

lama tak taip apa-apa kat sini...
tak ada idea walau pun aku ada banyak benda nak cerita..
ok ayat berbelit..hahhah..
mood : entah laaa...bosan barangkali..

Tuesday, 25 March 2014

halangan

baru permulaan tahun..
keluarga kami di uji..
lepas satu..satu..

ayah dah 2kali masuk wad..kesihatan tidak mengizinkan..
kali pertama..merasa laa jugak semua tidur depan wad icu..
kali kedua..dari merlimau melaka ke HKL...merasa laa jugak berjaga sampai 2pagi..

ada yang kata ayah kena buatan orang..ok ni kami tahu siapa punya kerja terkutuk..
ada yang kata..ada benda nak berdamping dengan ayah..
aku suruh lin bagi gambar ayah yang mak itam ambil masa ayah kat wad ahad lepas kepada kawan dia...
ayat aku....suruh tengok..sakit hospital atau sakit buatan orang..
dia balas..aku dah bagi tengok dah dia kata seram tengok ayah..tapi dia tak tahu pasal apa..
ni ayat yang aku sakit hati....ibu cakap ada benda nak berdamping dengan ayah bukan orang tu hantar


huhuhhhuuuu...AYAH AKU tahu tak!!!!


yang lagi satu...berita baik.....ketulan kat payudara tuah...BUKAN KANSER ok!!!!
ni perbuatan khianat orang kat dia..
orang tak guna tu nak bagi tuah MATI..!!!!
kau ingat kau tuhan!!!!
pertama kali dalam sejarah..
masa berubat tu...dia boleh histeria...
bayangkan dah 2tahun orang tak guna tu hantar kat tuah..

**bertahan laa ayah..pak itam ..dan tuah....janji ALLAH itu pasti..perbuatan syirik..tak lama dapat laaa balasan yang setimpal

mari berdoa

ya allah ya tuhan ku..
aku berlindung kepada Mu dari kezaliman manusia yang menzalimi
dan aku berlindung kepada Mu dari kejahatan syaitan jantan dan betina..

Wednesday, 19 February 2014

CERAI - kena tahu

ARKIB : 29/01/2014


Cerai isteri luar mahkamah


TERDAPAT banyak kesalahan jenayah dalam perundangan keluarga yang tidak diketahui umum. Kali ini saya akan membincangan kesalahan melafazkan talak terhadap isteri di luar mahkamah.
Ini diperuntukan oleh seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang berbunyi: “Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talak dengan apa-apa bentuk di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah itu, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, denda dan penjara itu.”
Ramai yang akan bertanya, kenapa menjadi kesalahan sehingga boleh dihukum penjara atau denda? Tidak sahkan lafaz talak suami jika dibuat di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah? Bukankah talak itu “main-main pun jatuh, tak main-main pun jatuh?” Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda: “Tiga perkara yang dilakukan sungguh-sungguh jadi sungguh dan dipermainkan jadi sungguh iaitu perkahwinan, perceraian (talak) dan rujuk.”
Namun di Malaysia apabila Enakmen Undang-undang Keluarga Islam diluluskan, perceraian melalui talak diperuntukan melalui Seksyen 47, di mana suami atau isteri yang mahu bercerai melalui talak hendaklah membuat permohonan terlebih dahulu kepada mahkamah syariah.
Dalam permohonan tersebut, pemohon perlu menyatakan butiran perkahwinan, bilangan anak, sebab hendak bercerai dan sebagainya. Mahkamah akan memanggil pihak yang tidak membuat permohonan dan bertanya, sama ada dia setuju dengan permohonan tersebut.
Jika bersetuju dan mendapati perkahwinan memang telah berpecah belah, maka mahkamah akan membenarkan suami melafaz talak. Jika sebaliknya, maka mahkamah akan merujuk pasangan ke Badan Pendamai.
Kebanyakan kes perceraian, isteri memohon kepada mahkamah untuk diceraikan melalui fasakh, taklik atau khul’. Sedangkan suami sering menggunakan peruntukan Seksyen 47 iaitu permohonan melafaz talak.
Ada juga isteri yang memohon di bawah peruntukan ini jika perbincangan telah dibuat lebih awal. Prosedur ini lebih jimat dan pasangan tidak perlu menggunakan khidmat peguam syarie.
Jika pasangan memohon dengan cara lain untuk bercerai, mereka perlu mendapat khidmat peguam kerana ia melibatkan perbicaraan. Namun bagi kebanyakan pasangan, terutama suami yang merasakan permohonan ke mahkamah mengambil kuasa mereka untuk melafaz talak dan menyusahkan.
Mereka tidak nampak hikmah kenapa mewajibkan permohonan ke mahkamah syariah untuk mendapat kebenaran dan melafaz talak di mahkamah. Ini kerana jika lafaz talak dibuat di luar mahkamah, ia perlu disahkan oleh mahkamah untuk didaftarkan. Jika tidak, masalah akan timbul.
Jika dahulu, semasa tiada enakmen dan sistem mahkamah syariah yang teratur, pasangan suami isteri yang hendak bercerai berjumpa imam kariah tempat mereka tinggal atau penghulu. Lafaz talak dibuat di hadapan mereka. Jika mereka bergaduh di rumah dan terlafaz talak, mereka tetap membuat laporan ke pejabat Kadi (dulu). Kadi tetap membuat siasatan dan mendaftarkan cerai untuk mengeluarkan surat cerai.
Pengesahan penting untuk mengira iddah. Jika rujuk berlaku, adakah dibuat dalam masa iddah atau pun tidak. Ada juga kes isteri tidak pasti, sama ada dia telah ditalak dan ada juga kes suami tidak mahu mengakui perlafazan talak.
Ada juga kes lafaz talak dibuat di hadapan orang lain dan isteri tidak tahu mengenainya. Misalnya, suami membuat kenyataan kepada ibunya semasa isu rumah tangga mereka dibincangkan, dia terus kata pada ibunya: “Saya dah ceraikan Timah.”
Daripada segi hukum, ia adalah perlafazan jelas atau sarih dengan atau tanpa niat, ia jatuh. Ini semua menyulitkan keadaan dan akan timbul isu perzinaan kerana jika pasangan tidak tahu talak telah dilafaz, iddah telah mula dan pasangan tidak rujuk dalam tempoh iddah tetapi lepas iddah suami kembali kepada isteri.
Pengiraan talak juga lebih mudah dan teratur kerana jika pasangan bercerai dalam mahkamah, ia direkodkan dengan baik. Pengiraan iddah juga lebih mudah. Dalam situasi hari ini, pasangan dalam pergaduhan rumah tangga yang panas sering terlafaz talak. Apabila ini berlaku, mereka jadi panik.
Lantas, mereka akan membuat pelbagai tindakan. Antaranya keluar dari rumah, memukul pasangan atau menyerangnya, menyembunyikan kebenaran dan tidak kurang pula yang menafikan talak telah terlafaz dan meneruskan kehidupan tanpa rujuk.
Jika tertalak satu atau dua, bolehlah dianggap rujuk telah berlaku namun jika terlafaz tiga kali, perkahwinan telah terlerai dan tidak boleh rujuk langsung. Di sini banyak berlaku perkara mungkar.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140129/ke_03/Cerai-isteri-luar-mahkamah#ixzz2rqZdgaCw
© Utusan Melayu (M) Bhd

filem yang nak sangat tengok

Tuesday, 21 January 2014

rip..kembang

ni kucing aku...
yang paling besar tu nama dia kembang...sebab bulu dia kembang...kucing kacuk..
pergi meninggalkan aku...lama jugak dia sakit...dari hari sabtu..matinya hari rabu..
sedih aku...lama kot aku bela kembang ni...
satu-satunya kucing jantan aku yang paling kerap sakit perut....

yang lagi 2 ekor tu...kucing aku jugak...dua-dua hilang serentak...pening aku..