Wednesday, 13 November 2013

jolok-jolok mata..

waakakakak....aku dengan lajunya terus sms kat ateh..."utusan semalam..staff jupem bpakaian mjolok mata..hahhahaha"

ARKIB : 12/11/2013

Patuhi etika berpakaian semasa ke pejabat, elakkan yang menjolok mata


Mungkin selari dengan perubahan fesyen, ramai kakitangan awam wanita di pejabat-pejabat kerajaan memakai pakaian yang boleh dikatakan menjolok mata sewaktu masa bekerja.

Peraturan tentang etika pakaian pegawai awam semasa bertugas telah digariskan dalam peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 mengenai Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara Rasmi.

Malangnya ramai kakitangan wanita tidak mematuhinya terutama kakitangan wanita generasi baru yang terlalu terdedah dengan perubahan fesyen semasa.

Pakaian yang dipakai oleh kakitangan wanita semasa bertugas seumpama memperagakan fesyen di antara mereka.

Jika berbaju kurung pun sengaja menampakkan bentuk badan terutama bahagian pinggul, apatah lagi menjadi trend baru memakai pakaian jubah pada hari Jumaat.

Pemakaian jubah adalah baik kerana bertujuan menutup aurat, malangnya pemakainya menggunakan jubah yang mengikut bentuk badan sehingga menampakkan bentuk pakaian dalam dan ketulan daging punggung.

Baru -baru ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam memutuskan untuk membenarkan pegawai awam wanita memakai Two/Three- Piece Pant Suit melalui surat pekeliling bilangan 9 Tahun 2013.

Adalah diharapkan kakitangan awam wanita tidak menyalahgunakan kebenaran ini dengan menempah pakaian terutama baju yang singkat dan boleh dikategorikan sebagai menjolok mata.

Sehubungan dengan itu pihak JPA perlu membuat keputusan sama ada pakaian jubah ini boleh dipakai atau tidak semasa bekerja.

Pemerhatian, nasihat dan teguran oleh suami kepada isteri juga perlu dilakukan tentang cara berpakaian ke pejabat, ini kerana dosa cara berpakaian yang menjolok mata oleh isteri dalam khalayak ramai akan ditanggung oleh suami.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20131112/fo_03/Patuhi-etika-berpakaian-semasa-ke-pejabat-elakkan-yang-menjolok-mata#ixzz2kUr9Y1Xz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

miss kembang kucup