Diet sihat Syahrini
2 Disember 2013
LANGSING dan cantik! Itulah ungkapan tepat untuk menggambarkan penyanyi popular, Syahrini ketika menghadiri majlis anugerah, SCTV Awards 2013, baru-baru ini.
Bukan sahaja cantik, malah penyanyi yang baru sahaja memenangi kategori Penyanyi Paling Ngetop di anugerah berkenaan, ini kelihatan lebih kurus berbanding penampilannya sebelum ini.
Tampil berkongsi rahsia kelangsingan, Syahrini mengakui dia kini mengamalkan diet sihat dan berjaya menurunkan berat badannya daripada 52 kilogram (kg) kepada 45kg.
"Saya mengikut saranan doktor dengan meminum ubatan berasaskan herba dan mengamalkan pemakanan yang tepat mengikut jenis darah.
"Selain itu, saya juga turut melakukan olahraga dan bersenam sekiranya ada kelapangan," katanya yang bakal melancarkan lagu baru, Cetar, akhir tahun ini.

-----
Diet Untuk Golongan Darah ‘O’
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi.
Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
- Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
- Mudah mengadaptasi berbagai makanan
- Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
- Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
- Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan.
Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D ‘Adamo ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment
miss kembang kucup